Tuesday 16 July 2013

RESEPI GANACHE

Assalammualaikum =)


bulan-bulan puasa ni ramai la adik-adik,kakak-kakak,emak-emak,makcik-makcik yang sibuk duk buat kuih raya.kek pun boleh tahan.habis semua buku resepi keturunan dalam almari di selak.haha.macam tuan tanah ni jugak.habis buku resepi wan,makcik-makcik dan mak di kombah (tahu kombah?) hehe.antara juadah paling femes dan mudah nak di buat ialah kek coklat.




meh aye kongsi resepi buat ganache/topping coklat yang selalu aye pakai. Resepi kek takyah la ea.kebanyakan resepi semua lebih kurang je =)

RESEPI GANACHE 1

bahan-bahan:
500gram coklat masakan (KC candy)
500gram fresh cream (Rich Gold Label)
2 sudu teh golden syrup

kaedah:

  1. timbang coklat dan cincang halus (untuk bagi dia cepat cair) kemudian cairkan dengan kaedah double boil.ketepikan.
  2. ambil bekas lain.timbang fresh cream,kemudian double boilkan sehingga fresh cream suam/panas (tak perlu sampai mengelegak)
  3. masukkan fresh cream ke dalam coklat yang dah di cairkan tadi.kacau dan double boilkan semula.kacau hingga sebati.
  4. masukkan golden syrup.kacau hingga sebati.tutup api
 ** semakin lama di biarkan semakin pekat.double boil untuk cairkan semula.
 ** takde pantang larang.guna la apa sahaja jenis hiasan yang anda suka.
fresh cream (Rich Gold Label)
coklat masakan (KC candy)



RESEPI GANACHE 2

bahan-bahan:
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan air masak
1 cawan gula
1 cawan susu segar
1 sudu kecik serbuk nescafe
3 sudu makan susu pekat

kaedah:

  1. satukan semua bahan-bahan diatas.tapis 3kali
  2. kemudian masak secara double boil (perlu di kacau berterusan)sehingga coklat pekat mengikut citarasa masing-masing.
 **semakin lama di kacau semakin pekat.tambah susu segar untuk cairkan semula.
 **jangan sesekali hias guna FONDANT sebab fondant akan mencair.menangis nanti.hehe


 

PERBEZAAN
Perbezaan antara keduanya tak banyak.rasa lebih kurang.mudah tak mudah cari bahan je.kos pun lebih kurang je. aduana yang saya bagi ni cukup untuk menyalut sebiji kek bersaiz 10x10 inci bg resepi 1 dan 8x8inci untuk resepi 2 =)

guna la bahan-bahan yang saya cadangkan untuk rasa yang sama seperti saya. Penggunaan jenama lain saya tak berani kata.tak pernah cuba.hehe.

sekian.
selamat mencuba dan berpuasa!!!!!!