Thursday 26 July 2012

KEK COKLAT MOIST - DENGKIL HOMEMADE

SALAM PENGHULU HARI guys!!




 

wahh.ade yg tanye harga kek RM brape semalam.

Coklat Moist - 9inci RM40.00

Rase ala-ala coklat+nescfe nescafe gitu.yummy3!!
coklat ganache/topping yg tebal
di taburi dengan kekacang n di hiasi buahan segar bergantung ape yg ade dalm peti ice.hehe


sempena hari jumaat,dan besok ramadhan yg KELAPAN.
DUA orang yang pertama order akn dapat kek coklat yg meleleh2 tu dengan harga RM30 je.

dan sape yg order harini PENGHANTARAN (area Dengkil,Putrajaya,Sepang) adalah PERCUMA!!!hehe.nak mintak tuliskan atas kek pun PERCUMA.tapi HARINI je tau =B



ade sesiapa yg berminat?? bleh pm or sms (013-3456849) k!! =)

Sunday 22 July 2012

RED VELVET CAKE and PAVLOVA = BUBUR LAMBUK



(^______^)v


Haish.senyum lebaq aq bile hajat dah tertunai..puas hati.dapat jumpa orang nya dan berjaya beli dan bawak beli hasil tangan nye.before ni asek tengok gamba je.so skrag dah rase!!mmg sgt yummy!!sedap!tak rugi  aq datang dari dengkil ke danau kota.hehe. fazlinil Irma ade rezki insyAllah kita jumpa lagi ea=) so sape yang area2 wangsa maju,keramat nak cari kek yang halal dan sedap boleh la order kt Irma.rase adelah di jamin sedap!!

   
Before ke danau,kitorang ke  chowkit dulu..dah beli keperluan en rafi, window shopping plak dekat plaza GM.aish.rambang mate $_$ aq dengan adik aq.nape la tak gaji lagi……sobs2. otw balik nak ke danau kota harus lalu kg baru kan.so harus la amek bubur lambuk kan…hehehe


Aq mmg dah cadang nak amek 4bag.(haip.utk di agih2kan). Mula-mula rafi pergi,dia dapat 2 bag je.hush.takleh jadi ni!misi tak berjaya!aq tekad nak pi amek jugak!eala,datang dari jaoh.teringin gak nak rase dan bawak balik (anak-anak mak ramai tau..).hehehe.
Dengan gagah aq melangkah.dalam kepala hotak dah plan nak amek tiga bag!tekad!smpai je kat meja agihan.hush.kat meja tu urusetia semua bz buat agihan,mmg line clear sungguh!!dan bag2 tu dah melambai2 dah “amek la saye..amekla saye..sy sedap paling sedap..”




aq dah capai dua bag.nak capai bag ketiga aq rse bersalah plak.aq pun cuit kakak urusetia yg mmg tak perasan aq kat sebelah dia.. sambil  buat muke 5sen “kak…sye nak amek 3 bag bleh” “ehhh.dik..takleh2.sorang amek satu je” smbil tu mate dia melirik kt tangan aq….”hehehe.eala,amek dua je ea” hahahahahahaha.so dapat la kitorang 4 bag.hehehe.TAPI….


kitorang TERterima plak bag bubur lambuk yg diorang agih kat kereta-kereta lalu lalang.so kitorang TERdapat 5 bag (1rafi:3haninah:1irma) .heee.rezki.so satu bag penuh dengan bau bubur.bile buke anak-anak mak sume komen yang bubur tu MEMANG SEDAP!!!de rezki kite buat sendiri ea anak-anak mak!!!


Nhh:teringat bubur lambuk time kat poli.hahaha.de skali tu bubur lambuk ktorang rase LEMBU.bkan rase daging lembu.tp LEMBU.so len kali SILA TOS AIR BASUHAN DAGING DENGAN BAIK EA!!! =B

KAU ADA,


kau ada di kala ku suka, 
 dikala ku duka di setiap tangisan dan juga ketawa
kau ada di kala ku perlu,
 setia menemani ku pegang erat tangan ku bila aku jatuh
 kau la yang ,selalu, 
 menemani ku mendengar kisah pahit manis hidup ku
 kaulah  yang di situ setia menunggu ku, 
 kaulah yang satu yang setia menjadi sahabat ku
 
"ku tahu ku kan selalu ada,ada diri mu,dan ku harap kau juga rasa begitu" 


Thursday 19 July 2012

MISI PAVLOVA

dah siap pun base pavlova.huu.teruja gile nak tunggu masak.berkampung sejam dpan oven utk tengok tumbesaran my pavlova.hehehe

muke asal pavlova tanpa mekap =B 




so misi mencari buah-buahan pulak di jalan kan...tempat yang di pilih ialah

JUSCO IOI mall Puchong


huu.tapi agak kecewa...yg di jumpai hanya la...

strawbery,mangaa,anggur,kiwi
haish.nmpak nye next time kena cari dekat Alamanda la plak...
tapi usaha menyiapkan pavlova masih di teruskan...dan ini dia....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


sgt malas nak kerat2 anggur tu..amek ko!!!

tergolek-golek kiwi sbb penuh sgt


maka siap la pavlova saye..hehehe.juri2 amatur kate sedap.cukup.manis,tapi masam buah dan creamy dia telah balance kan rase manis tu..haish.mmg sedap la!!!lalalalala

RESEPI KEK PUDING KARAMEL


RESEPI KEK PUDING KARAMEL PELANGI   –  Loyang 8 inci/20cm

"ANDA DI NASIHATI MEMAHAMI ISI KANDUNGAN RESEPI DAN LANGKAH-LANGKAH NYA DENGAN TELITI.HAL INI ADALAH KERANA UNTUK MENGELAKKAN PEMBAZIROON..hehehe.jum mulaa!"



permukaan gula hangus


sumber dari miss ira-bila dah potong.taraaa.berseri2.hehe

















 Bismillahirrahmannirrahim..


BAHAN  A (gula hangus)
  • 2 tbsp gula (atau 1 ½ tbsp gula untuk ngam2)
Kaedah            :
  1. Letak gula di tengah-tengah loyang dan letak di bahagian kawasan api dapur supaya gula senang cair.
  2. Panaskan dengan api yang perlahan dan biar gula cair hingga perang.takyah kacau.dah cair semua gula,padam api dan lenggang (tau lenggang??) air gula bia rata satu Loyang.
  3. Letak tepi,air gula akn mengeras..relaks je =)

BAHAN B (puding caramel)
  • 3 biji kuning telur (3 biji putih telur terus masukkan dalam mangkuk BAHAN C )
  • 2 biji telur
  • 400ml fresh milk/susu cair
  • 140gram gula castor
  •  1 sudu the esen vanila
Kaedah:
  1. Masukkan kuning telur dalam satu mangkuk sederhana.putih telur terus masuk mangkuk  BAHAN C
  2. Masukkan 2 biji telur baru  dalam mangkuk kuning telur tadi.PERHATIAN!!!sila kacau kuning telur + telur tadi perlahan-lahan supaya tidak berbuih.sebab kalo berbuih puding anda akan berlubang-lubang.hee.tak cantik nnt..
  3. Kemudian satukan kesemua bahan-bahan B dan kacau lagi perlahan-lahan.
  4. Dah ngam semua,tapis adunan B p masuk dalam Loyang yang ade air gula tadi.time ni air gula tadi akan berbunyi mcam kaca retak.RELAKS!!tapis sampai habis,ketepikan.BAHAN A,B,C dan D akan dibakar sekali nnt.

BAHAN C (meringue)
  • 6 biji putih telur (3 biji dari BAHAN B + 3 biji putih telur yang baru,3 biji kuning telur tu masukkan siap-siap dalam mangkuk aduan BAHAN D)
  • 70gram gula castor
  • 1 tsp cream of tartar
Kaedah :

**time ni dah boleh panaskan oven berserta tray berisi air dgn suhu 160c (kaedah double boiler/bain marie)
  1. Pukul putih telur hingga berbuih gebu
  2. Masukkan gula dan cream of tartar.pukul dengan high speed hingga adunan jadi kental dan kaku (meringue)
**Mak saya kate,kalo nak tau adunan tu dah meringue ke tak :
            Angkat mixer tu,bila dah takde air yang menitik jadi la tu.
            Or, telangkupkan mangkuk adunan.kalo adunan tak jatuh or meleleh CONFIRM meringue la tu.hehe

    3.Ok!ketepikan adunan tadi,dengan mixer yang same terus buat untuk adunan D


BAHAN D
  • 3 biji kuning telur ( dari bahan C)
  • 130ml air
  • 50ml minyak masak
  • 70gram gula castor
  • 140gram tepung gandum
  • 1tsp baking powder
Kaedah:
  1. Ayak tepung + baking powder.ketepikan
  2. Pukul kuning telur+air+minyak masak hingga putih gebu
  3. Masukkan gula,pukul lagi hingga kembang (hingga gula hancur)
  4. Masukkan tepung+baking powder yang dah di ayak tadi sedikit demi sedikit dan KACAU (kacau ea..jangan pukul..) dengan senduk secara kaup-balik hingga semua bahan D sebati


IBU SEGALA PART..
(hehe.sila baca hingga faham ea!!)

setelah semua bancuhan di masukkan

  • Masukkan separuh  adunan C (meringue) kedalam adunan D.kacau secara kaup-balik slowly.dah agak sebati,masukkan semua bahan C tadi ke dalam adunan D dan kaup-balik hingga sebati.(jgn terlebih sgt kaup-balik.rata dah.cukup)
  • BAHAGIKAN ADUNAN SECARA KEPADA TIGA BAHAGIAN.dan warnakan ikut suke.contoh kuning.merah.biru.
  •  Sendukan ketiga adunan yang dah berwarna tadi dalam Loyang pudding tadi secara bergilir-gilir dan sama rata(agak-agak je.tak de la sampai perlu di timbang) 
  • Contoh :KUNING,MERAH,BIRU ulang balik KUNING,MERAH,BIRU.ulang sampai semua adunan habis
  • Time mula-mula sendukkan adunan  atas pudding tadi,adunan akan bergerak-gerak macam buih sabun mandi dalam besen.hehe.RILEKS.teruskan senduk sampai semua adunan habis.
  •  Bakar secara double boiler guna api atas-bawah selama 50minit or hingga masak dan letak di bahagian rak paling bawah dalam oven.
  •  Dah masak tutup suiz oven dan biarkan kek sejuk dalam oven (bukak pintu oven siket ea) selama 10minit or hingga kek lekang dari Loyang
  • Terbalikan atas pinggan dan kek akn turun dengan sediri
  • Lap air gula yang berlebihan.kek dah sejuk betol baru potong,tp lagi sedap masuk petice dulu.sejuk lagi sedap.hehe


KAEDAH DOUBLE BOILER
  • Masukkan air dalam tray /loyang yang lebih besar dari loyang adunan.kemudian letak Loyang adunan tadi dalam tray yang ade air tu.bakar bersama.hehehe.mcam nak cair kan coklat tu.tapi takkan nak tinggal tangan dalam oven kan?so letak je Loyang tu dalam Loyang yg ade air tu =)
sumber incik googel
 -sumber inicik google kredit to http://hasnidaomar.blogspot.com/2012/01/kek-karamel-coklat-moist.html
SELAMAT MENCUBA!!!! ^_____^


Komen haninahalim:

dari tepi.cantik!lalalala

  • Kek ni lagi sedap manis.maksudnya tak di galakkan bagi anda2 mengurangkan kuantiti gula.sebab saya selalu kurangkan kuantiti gula sebab KAMI tak suke manis-manis sgt.hehe.kalo sejuk memang sedap.tapi ade je juri-juri amatur saya yang tak suke.hehehe
  • Owh.dan make sure ea.TAKDE SIKET PUN KUNING TELUR dalam PUTIH TELUR.nnt adunan meringue anda tak menjadi.
  • Dan kalo nak puding anda tebal,tambah kan susu dengan kuning telur

Monday 9 July 2012

RED VELVET CAKE


Special for my dear nik =) heppy buzday my dear!!! kate nya SEDAP GLER!!! alhamdulillah.

Thursday 5 July 2012

 HELLO   =B


ni blog saya yang kedua.hopefully blog ni boleh jadi diary online yang mungkin boleh bermanfaat pada orang lain.ia sedang di "bina" (hahaha.mentang la ko bdak civil) sedih tengok blog yang buruk ni.so..GAMBATE haninah!!!

Resepi Apam polkadot





Bahan:
  • ·         3 biji telur sejuk dari peti ice
  • ·         220g gula halus
  • ·         1 tsp ovellete
  • ·         1 tbsp esen vanilla
  • ·              275g tepung gandum             **di ayak sekali
  • ·         3 sudu the baking powder      **di ayak sekali
  • ·         150ml susu segar/susu cair
  • ·         Filling-ikut suka
  • ·         Pewarna makanan

Kaedah :
  • ·         Pukul putih telur hingga kembang
  • ·         Masukkan gula pukul hingga kembang
  • ·         Kemudian masukkan ovellete,kuning telur dan esen vanilla.pukul lagi sehingga kembang
  • ·         Masukkan tepung+baking powder dan susu secara selang seli (tepung-susu-tepung-susu-tepung) kemudian gaulkan
  • ·         Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warna kan ikut suka
  • ·         Masukkan adunan dalam piping bag or plastic bag.(potong hujungnya)
  • ·         Picit aduan hingga separuh dalam mangkuk kertas/cup
  • ·         Picit kan filing
  • ·         Tutup filing tadi secara rata dengan adunan sehingga penuh mangkuk kertas/cup
  • ·         Kukus selama 10-15minit atau sehingga masak

Tips:
  • -           balut tudung periuk dengan kain bersih supaya apam tak terkena air wap.nnt kena cacar air plak apam tu. =)
  • -          Jangan guna api besar ea.sedang2 aja.nnt kalo panas sangat meletup plak apam tu
  • Saya kurang suka guna pewarna dalam kuantiti yang banyak,so saya lebih suka adunan asal jadi background.heee.

RESEPI OREO CHESSE CAKE



**resepi ni saya dapat dari kakak senior saya.dan saya cuba jejak kakak  yg bagi resepi kat kakak senior saya tu berdasarkan gambar yang di attached kan. Hehehe.tu dia ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com

**TAPI saya taip kaedah yang saya pilih n mampu je.mahu lebih detail sila jenguk blog beliau ea.



Bahan Dasar: (loyang bulat 8 inci)

  • 300gm biskut oreo – di buang cream nya
  • 75gm mentega cair 
Bahan Filing:
  • 500gm Cream chesse 
  • 110gm gula castor
  • ½ tbsp esen vanilla 
  •  2 biji telur
  • 150ml whipping cream
  • 1tbsp lemon juice
  • 20 keping biskut oreo di patah 4
Kaedah:

  • ·         Dasar kek- Kisar halus biskut oreo dan gaul dengan mentega cair.tekan dan padat kesemuanya dalam acuan.bakar selama 15minti dengan suhi 160c.angkat dn ketepikan.
Filing:
  • ·         Pukul keju krim dan gula hingga sebati,masukkan esen vanilla dan telur satu persatu kemudian masukkan whipping cream dan lemon juice.putar hingga sebati.
  • ·         Masukkan biskut oreo yang di patah-patahkan tadi dan gaul rata.
  • ·         Tuang kesemuanya dalam Loyang
  • ·         Bakar pada suhu 150c dengan kaedah water bath (semasa bakar chesse kek,anda perlu letak sedulang air di bawah acuan kek.ditindan.bkan rak lain-lain.n lapik Loyang chesse dengan aliminium foil utk elak air masuk) selama 45-50minit.
  • ·         Tutup oven dan renggangkan pintu.biar kek dalam oven selama sejam
  • ·         Longgarkan keliling kek guna pisau.
  • ·         Untuk jaga kualiti rase dan bau kek.wrapping Loyang dan chill kan maks 4 jam or semalaman

Komen haninahalim :
rase kek memang meletop uollz.dengan chesse,oreo lagi.buat penggemar chesse mcam family saya kek ni sangat-sangat MENGUJAKAN dan wajib masuk dalam kek chesse pilihan..rase chesse dan oreo mencair dalam mulut.fuhh ~_~”

TIPS MEMBUAT KEK KEJU



1-Cream cheese ade banyak jenis.. contoh nya Philladelphia,Anchor dll. Saya tak pernah cube yang lain sebab mmg dah puas hati sangat guna Philladelphia =)

 sumber mr.google

2-Tempat nak beli chesse;
  • Supermarket, selalunya tesco ade.tapi agak cepat habis.dia  jual dalam kotak kat tempat2 cheese, susu tu.harga utk 250g = RM 12.50 KALO TAK SILAP (dah lame tak beli kat supermarket.hehe)
  • Kedai Kek,hee.ni pon kalo nasib kurang baik pun bleh cpat habis.tapi harga kat kedai kek selalu nya lebih murah daripada supermarket.harga 500g =RM14.50 dekat puchong.

3- Chesse agak cepat rosak.lagi2 kalo beli yang siap-siap potong 250g / 500g.lebih seminggu kalo di biarkan cheese akan berkulat dan rasanya pahit(senang cite tu mkasud nya chesse anda dah rosak dan anda telah membazir). Kalo nak guna banyak, better beli yang dalam kotak.Potong siap-siap dan simpan dalam bekas kedap udara.TAPI DENGAN SYARAT!!!pisau dan papan pemotong mesti BERSIH dan KERING.

4-eh.chesse yang lebih harus simpan dalam chiller tau!!jangan pi simpan kat peti beku ikan tu plak.dan chesse perlu di bungkus dengan rapi.

5-Keluarkan chesse seelok-eloknya 1jam sebelum di gunakan.sebab bila dah keluarkan awal,keju akan lembut dan senang bila di putar.terutama bagi yang guna hand mixer.takut besi pemutar tu bengkok plak pukul benda-benda keras.

6-Kek keju yang saya tahu ade dua kaedah je untuk di sediakan BAKAR/CHILLED.So bace betol-betol kaedah yang resepi tu bagitahu.

  • BAKAR = water bath/brain marie/steam bake =semasa bakar chesse kek,anda perlu letak sedulang air di bawah acuan kek.ditindan.bkan rak lain-lain.n lapik Loyang chesse dengan aliminium foil utk elak air masuk. Dan bila bakar,sila la ikut waktu yang di beri.takot kalo terlebih bakar chesse anda akan jadi kekuning-kuningan mcm atas pizza tu.
  •   CHILLED=guna gelatin dan perlu disejukkan sekurang-kurangnya 3jam.dan tolong makesure gelatin yang di beli adalah HALAL.kalo beli di kedai kek korang boleh mintk sijil pengesahan halal kat tokey kedai tu.HALAL tu wajib k!
7-Buat chesse kek seelok-eloknya gune Loyang loose tin atau springform yang mane dasar dia boleh di keluarkan dari loyang.sebab agak mustahil untuk anda telangkupkan mcam anda buat kat kek span.

Sekian =B.